Wednesday 3 February 2016

Cuti-Cuti Terengganu: Ikan Celup Tepung

Assalamualaikum..
29 January 2016
Lokasi: Menggabang Telipot, Terengganu.

Yeah.. Terengganu ni popular dengan Ikan Celup Tepung. Orang sini panggil ICT je. Tapi bukan setakat ikan je, ada jugak seafood yang lain. Bos si Ain suggest kan makan di Warung Pok Nong.
 Kitorang sampai pukul 3.30pm. Ingat kan awal sangat. Rupanya orang lain dah beratur panjang dah.
Aku amik part order air. Ain order ICT. Aku order coconut shake, dah dapat terus cari meja kosong. Nasib baik dapat.
Sementara nak tunggu ICT tu, cair dah coconut shake kitorang.
Batch pertama.. Sotong.
Diikuti dengan Udang.
Tak sabar nak makan.
Last sekali ikan dan jugak keropok lekor.
Bismillah..
Kurang lighting.. Tapi boleh la dari takde..

Kat atas meja dah disediakan penyepit dan gunting. Pandai2 la gunting sendiri. Self service katanya..

Ok.. Semua yang kitorang makan ni berharga RM47.00.. hahaha.. Agak mahal la kan. Katanya kan sekarang musim laut bergelora. Jadi, nelayan tak boleh ke laut. Permintaan melebihi pembekalan. So harga naik la.. Nasib kau lah labu... Tapi lepas ni, buat sementara waktu, jangan pelawa aku makan benda2 macam ni. Errrr... Tak lalu untuk sementara. Maybe terlampau banyak dan kenyang.

Lepas dah makan, kitorang jalan tepi pantai. Kat depan kedai tu je. Memang sangat kuat la ombak nya. Bahaya la untuk aktiviti laut.


Apa yang aku buat ni?
Hahaha.. time ni aku tengah buat aksi video klip Awan Nano..



Pantai yang cantik dan bersih.. 

No comments: